Khamis, 5 November 2009

NANO ALKALINE TREATMENT SYSTEM


"Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama"

Mencari yang halal itu wajib bagi muslim....

HARGA BERPATUTAN Price RM1788.00
NOW RM598.00
Hubungi : 019-9468789




Kenapa memilih jenama Imtiyaaz?

MURAH tapi Berkualiti setaraf dengan JENAMA yang MAHAL.

Pemasangan dan penyelenggaraan yang MUDAH dan MURAH.

Apakah dia Imtiyaaz NANO Alkaline Treatment System?

Teknologi kesihatan pada abad ke-21 menggunakan air Berteknologi NANO yang sangat baik untuk kesihatan. Air Berteknologi NANO dihasilkan melalui teknologi bio-ware yang menggabungkan Bio seramik semulajadi jepun dengan kadar ketulenan yang tinggi, serta bahan plastik berkualiti. Air Berteknologi yang mengandungi NANO yang kaya dengan oksigen dimana ia adalah dalam butiran molekul air yang sangat halus. Cara pemprosesan berteknologi tinggi akan menghasilkan tenaga nano di dalam air yang dipanggil Air berteknologi NANO.

Minum air Berteknologi Nano IMTIYAAZ mampu meningkatkan sistem metabolisma badan. Air Berteknologi Nano IMTIYAAZ bukan sahaja dapat memberi tenaga tambahan malah ia juga dapat meningkatkan daya ketahanan badan kita serta mencegah penyakit-penyakit moden. Air yang terhasil dari Penapis Air IMTIYAAZ mengandungi 5 kelebihan yang utama:

  1. Mengandungi tahap alkali yang tinggi yang berupaya menyingkirkan segala toksid dalam badan hasil daripada pemakanan yang tidak seimbang.
  2. Mengandungi kadar oksigen dan mineral yang tinggi yang diperlukan oleh badan manusia.
  3. Molekul air yang halus (Teknologi NANO) dan mudah diserap oleh badan manusia.
  4. Bersih, selamat dan tidak mengandungi kandungan yang membahayakan kesihatan.

Bahan-bahan yang digunakan adalah dari sumber yang halal & suci dan boleh diminum tanpa was-was.

TABUNG PRE (LUAR) - Penapis Sedimen PP

Langkah pertama untuk menangkis karat, habuk, tanah, sisa-sisa tercemar, klorin dan sebagainya.Cadangan penukaran: 3 hingga 6 bulan bergantung kepada keadaan air paip.

TABUNG A – Karbon yang diaktifkan dengan Granular NSF + KDF-55

Untuk menyerap bahan seperti bau, rasa, besi berat, klorin yang berlebihan, dan bahan pencemar yang lain.Cadangan penukaran: 12 bulan bergantung kepada keadaan air paip.

TABUNG B – Blok Karbon Aktif

Untuk menyerap warna, bau, sisa-sisa toksik (klorin, trihalometana, bahan kimia organik) dan radioaktif. Cadangan penukaran: 18 bulan bergantung kepada keadaan air paip.

TABUNG C – Penapis Tenaga Optimum

  • Mengandungi lebih daripada 10 jenis mineral dan ion negatif yang diperlukan untuk badan manusia.
  • Memperbaiki nilai pH air mendekati kealkalian.
  • Mempunyai kesan anti-oksida.
  • Memecahkan molekul air kepada pecahan kecil untuk penyerapan lebih baik dan memperbanyakkan kandungan oksigen dalam air.

Cadangan penukaran : 5 tahun bergantung kepada keadaan air paip.

TABUNG D - Blok Karbon Aktif Nano Perak

Menggunakan teknologi Nano dari Jepun yang dapat mengelak pertumbuhan bakteria secara berkesan. Membantu menangkiskan bahan kimia yang bahaya, sisa-sisa radioaktif dan besi berat (aluminium, merkuri dan sebagainya) yang mengancam kesihatan kita. Cadangan penukaran: 24 bulan bergantung kepada keadaan air paip.




Testimoni Keberkesanan Air Imtiyaaz

Pesakit Gout

Saya Abdul Rahman, berusia dalam lingkungan 50 an. Saya mengidap penyakit gout, dah lama. Baru-baru ni adik saya mencadangkan saya meminum air dari Penapis Imtiyaaz sebanyak 2 liter sehari. Mula-mula saya tak percaya, bercampur dengan tak ingat. Tetapi oleh kerana kesakitan disebabkan masalah gout, saya mulakan ikhtiar dengan meminum air dari penapis Imtiyaaz... MENAKJUBkan..... dalam tempoh beberapa hari saya meminumnya.... terdapat perubahan ketara pada kaki saya yang menghadapi masalah gout tadi..... Saya kemudiannya meminum dengan lebih banyak lagi....... Kekerapan membuang air kecil (kencing) meningkat.... Kaki saya semakin kurang sakit..... Terima kasih kepada Imtiyaaz.....

Pesakit Gastrik
Saya Mohamad mempunyai penyakit gastrik. Selepas mengamalkan meminum air dari penapis Imtiyaaz, saya rasa masalah gastrik saya semakin ok.

Pesakit Gastrik
Saya Dr
Hisham mempunyai masalah gastrik. Saya mengambil ubat Histac untuk membantu mengurangkan masalah gastrik saya. Saya dicadangkan meminum air dari Penapis Imtiyaaz. Setelah mengamalkan selama hampir sebulan, saya dapati sakit gastrik saya semakin baik sekarang. Terima kasih Imtiyaaz... Saya yakin dengan pH alkalinya yang 9.8, ia membantu meneutralkan asid Hidroklorik dalam perut saya.

Pesakit Kencing Manis
Saya, Puan Fatimah berusia 57 tahun. Saya diperkenalkan dengan Imtiyaaz oleh anak saya, En Aziz. Saya merupaka seorang pengidap Penyakit kencing manis. Saya juga agak 'culas' makan ubat kencing manis. Biasanya kalau test darah, kencing manis saya sekitar 22. Namun setelah mengamalkan meminum air dari Penapis Imtiyaaz, sekarang kencing manis saya sekitar 7 perpuluhan. Terima kasih Imtiyaaz....

Berminat sila hubungi : 019-9468789 hanya RM598.00 sahaja


Khamis, 1 Oktober 2009

aku selalu duk pikir sorang2 diri...cmne roh kite waktu tu ea?menggelabah kah?tenang kah?gelisah kah?atau MENYESAL kah??

Hadis Mengenai Kematian
Ditulis oleh suhkri Lot
Ahad, 24 Februari 2008
Tersebut di dalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:

a. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
b. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
c. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
d. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
e. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.

Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
a. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
b. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
c. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
d. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
e. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada limabahagi.
a. hartanya untuk warisnya.
b. nyawanya untuk Malaikal Maut.
c. dagingnya untuk ulat-ulat.
d. tulangnya untuk tanah.
e. amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya. ,

Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
b. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
c. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?

Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
b. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
c. hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerJah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalan yang jauh dengan tidak berbekal?
b. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
c. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!

Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
b. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
c. Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
a. Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
b. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
c. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:
a. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
b. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
c. Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).

Wallahualam..."sesungguhnya mati itu pasti"

Selasa, 29 September 2009


Mentari senja....